(w.1227H) Al-Imam Asy-Syarqawi

Nama lengkap beliau Syeikh ‘Abdullah bin Hijaz bin Ibrahim
, lahir tahun 1150H. dan wafat pada tahun 1227H. bermaqam di Mesir.
Beliau adalah murid dari Universiti Al-Azhar Mesir, dan
kemudian sampai menjadi salah seorang pengajar (Syeikh dari Universiti
Al-Azhar itu).
Beliau adalah seorang Ulama’ Besar Syafi’iyah di Mesir pada
zaman itu dan banyak mengarang kitab-kitab fiqih Syafi’i dan lain-lain
kitab yang sampai sekarang masih dicetak dan disiarkan di seluruh dunia
Islam.
Di antara karya beliau dalam fiqih Syafi’i adalah yang berjudul
“Asy-Syarqawi Al-Attahrir” iaitu kitab fiqih Syafi’i untuk mensyarah
kitab Tahrir karangan Imam Zakaria Al-Ansori . Kitab Syarqawi itu
terdiri atas dua jilid besar dengan 525 halaman setiap jilidnya, dimulai
dengan “Al-Hamdulillah Iladzi Faqqaha” dan disudahi dengan
“Walhamdulillah Rabbil ‘Alamiin”. Kitab Syarqawi selepas dikarang
beliau tahun 1192H. jadi beliau seorang ulama’ Syafi’i pada akhir abad
ke XII, tetapi kerana wafat beliau pada tahun 1227H maka beliau
dimasukkan dalam barisan Ulama Syafi’i pada abad ke XIII.
Karya beliau yang lain, di antaranya :
1. At-Tohfatul Bahiyah fi Tabaqatisy Syafi’iyah, iaitu kitab
untuk menerangkan ulama’-ulama’ besar Syafi’iyah dari
abad ke IX sampai abad ke XII.
2. Tohfatun Nazirin, dicetak di Mesir tahun 1281H.
3. Kitab Usuluddin “Syarqawi Syarah Sanusi” (144 halaman).
Selesai dikarang beliau 13 Ramadhan 1194H.
Keistimewaan beliau ini adalah mempunyai “Serban Besar”,
sehingga pada zaman itu diambil menjadi tamsil, iaitu untuk menyatakan
sesuatu yang besar, dikatakan orang: “Sebesar serban Syarqawi”.