(w.1068H) Al-Imam Ar-Raniri

Nama lengkap beliau Syeikh Nuruddin Muhammad Jailani bin
‘Ali bin Hasan bin Muhammad Hamid Ar-Raniri .
Dalam kitab “Nuzhatul Khawatir”, karangan ‘Abdul Haj
Fakhruddin Al-Hasani , sebuah kitab berbahasa ‘Arab yang
menerangkan riwayat-riwayat hidup Ulama’-ulama’ India pada abad ke
11H. tersebut nama beliau: Syeikh Nuruddin Muhammad bin ‘Ali Al-
Hamid Asy-Syafi’i Al-‘Asy’ari Al-Idrusi Ar-Raniri As-Surati.
Jelas bahawa beliau adalah seorang Ulama’ besar pada abad ke
11H. Penganut dan penyebar Mazhab Syafi’i dalam ibadat dan faham
Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan i’tiqad.
Beliau lahir di Ranir, sebuah desa di Teluk Camby, Gujarat
India. Belajar agama Islam dalam Mazhab Syafi’i di negerinya dan
kemudian belajar di Makkah Al-Mukarramah.
Di Makkah beliau berkenalan dengan Syeikh ‘Abdur Rauf Al-
Fansuri , seorang ulama’ besar bermazhab Syafi’i juga, berasal dari
Fansur, Barus, Singkil, Pantai Barat Sumatera.
Syeikh ‘Abdur Rauf Al-Fansuri adalah penterjemah Al-Quran
ke dalam bahasa Indonesia, yang diberi nama “Tafsir Baidhawi Melayu”.
Beliau ini adalah murid dari Ar-Raniri .
Pada tahun 1047H. Ar-Raniri datang ke Acheh, iaitu pada
zaman Sultan Iskandar Thani (berkuasa dari tahun 1636M. Sampai
1641M.).
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri diangkat sebagai Mufti dalam
Mazhab Syafi’i oleh Sultan Iskandar Thani, kerana Sultan ini pun
bermazhab Syafi’i.
Beliau menetap di Acheh sampai-sampai berkuasanya
permaisuri Sri Ratu Tajul Alam Safiyatuddin Syah (berkuasa dari tahun
1641M. sampai 1675M.).
Sesudah 17 tahun tinggal di Acheh maka beliau pulang ke
Gujarat, wafat di situ dan bermakam di Ranir juga.
Syeikh Nuruddin Ar-Raniri adalah Ulama’ besar dalam
Mazhab Syafi’i dan Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang jarang tandingnya
ketika itu. Beliau seorang ulama’ yang sangat berjasa di Acheh, yang
menjadikan Acheh sebagai “serambi Makkah”.
Beliau juga banyak mengarang kitab-kitab, di antaranya :
1. Siratal Mustaqim, fiqih Syafi’i.
2. Bustanus Salatin, politik Islam.
3. Jawahirul Ma’lum fi Kasyfil Ma’lum, fiqih Syafi’i.
4. Al-Ima’an fi takfiri man Qala bikhalqil Quran (kitab tauhid).
Pembantah orang yang mengatakan bahawa Quran itu
makhluk.
5. Syawarismus Siddiq li liqat iz-zindig (kitab menolak faham
Wahdatul Wujud).
6. Bad’u khalqis Samawaati wal ardhi.
Dan lain-lain sampai lebih kurang 23 buah.
Ar-Raniri adalah seorang Ulama’ Besar yang sangat anti
kepada faham Wahdatul Wujud dari Hamzah Fansuri dan Syamsuddin
As-Sumatrani.