(w.1233H) Syekh Asy-Syanwani

Muhammad bin ‘Ali Asy-Syafi’i Asy-Syanawi , lahir di Mesir
di sebuah desa Syanwani.
Beliau ini belajar fiqih Syafi’i kepada Syeikh ‘Isa Al-Barawi ,
pengarang Hasyiyah Minhaj, kemudian beliau di Azhar dan Jami’ah
Fakihani di Mesir juga.
Setelah Imam Syarqawi Syeikhul Azhar wafat pada tahun
1227, maka Imam Syanwani lari dari kota Mesir kerana beliau enggan
untuk diangkat menggantikan gurunya Imam Syarqawi menjadi
Syeikhul Azhar, iaitu menjabat Guru Besar pada Al-Azhar itu. Tetapi
beliau dijemput bersama oleh Ulama’-ulama’ dan diangkat menjadi guru
besar Jami’ Azhar itu.
Beliau wafat tahun 1233H. dan disolatkan di Azhar oleh umat
Islam yang banyak, kemudian bermaqam dekat Azhar itu. Imam
Syanwani adalah seorang Ulama’ Syafi’i yang besar dalam abad ke
XIII, beliau mengarang kitab-kitab Hasyiah Al-Mukhtasar Abi Jamrah
(kitab Syanwani), Hasyiah Syarah ‘Abdis Salam.
Hasyiah sebahagian yang kedua dari kitab Minhaj dan lain-lain.
Dengan adanya Syeikh Syanwani ini, Mazhab Syafi’i di Mesir
bertambah lama bertambah kukuh apa lagi dapat mempengaruhi begitu
rupa Jami’ah Al-Azhar.