(wafat 362H) Al-Imam Abu Hamid Al-Marwazi

Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin Basyar bin ‘Ami Al-‘Amiri , Qadi Abu Hamid Al-Marwazi , dan berasal dari Marwazi (Parsi).

Beliau ini pengarang kitab “Al-Jami’i” sebuah kitab yang menjadi tiang dari fiqih Syafi’i. Selain itu beliau mengarang juga kitab Syarah Al-Muzani, iaitu kitab Imam Syafi’i yang diriwayatkan oleh Imam Muzani (sahabat Imam Syafi’i ).

Hampir seluruh Ulama’ fiqih di Basrah (Iraq) mengambil pengajiannya dari Syeikh Abu Hamid Al-Marwazi ini.
Apabila dikatakan dalam kitab Syarah Al-Muhazab “Qadi Abu Hamid” maka beliau inilah yang dimaksudkan.

Perlu diperhatikan bahawa ada dua nama Al-Marwazi yang terkenal dalam Mazhab Syafi’i, iaitu Syeikh Abu Ishaq Ahmad Al-Marwazi (wafat 340H) dan Syeikh Abu Hamid Al-Marwazi ini (wafat tahun 362H).