(wafat 324H) Al-Imam 'Abdullah bin Muhammad Ziyad An-Nisaburi

‘Abdullah bin Muhammad Ziyad An-Nisaburi seorang ulama’ Syafi’i yang besar pada zamannya itu. Beliau adalah seorang yang banyak menghafal hadits-hadits sehingga diberi gelar juga dengan “Hafiz”. Beliau adalah seorang ulama’-ulama’ yang mula-mula membicarakan tentang “Ilmu Munasabah” iaitu ilmu tentang persesuaian
ayat suci antara satu ayat dengan yang lain. Apa hubungannya, apa pertaliannya maka ayat ini didekatkan dengan ayat yang lain, surah ini didekatkan dengan surah yang lain.

Beliau pernah mencari ilmu ke Baghdad, Syam, mesir dan berguru kepada Imam Muzani sahabat Imam Syafi’i . Akhirnya beliau tetap di Baghdad menjadi Imam Umat Islam Iraq dalam Mazhab Syafi’i.

Wafat dan Maqam di Iraq tahun 324H.