(w.306H) Al-Imam Ibnu Surej

Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin ‘Umar bin Surej Abul ‘Abbas Al-Qadi .

Guru-guru beliau dalam ilmu fiqih adalah Abu Qasim Al-Anmary, Hasan bin Muhammad Az-Za’farani, Abu Sijistani dan lainlain. Mulanya beliau menjadi Qadi di Syirazi, kemudian pindah ke Baghdad dan akhirnya masyhur dengan nama Ibnu Surej Al-Baghdadi. Berkata Imam Ad-Dija’ bahawa Ibnu Surej adalah sahabat Imam Syafi’i yang paling pintar dalam ilmu kalam dan ilmu fiqih (maksud perkataan sahabat di sini ialah pengikut faham). Ibnu Surej ini mengarang kitab-kitab sebanyak 400 buah dalam bermacam-macam ilmu pengetahuan.

Kalau tersebut Ibnu Surej dalam kitab Muhazzab maka beliau inilah yang dimaksudkan.