(w.923H) Al-Imam Qastolani

Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin, Abul ‘Abbas Ahmad
bin Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Abdul Muluk bin Ahmad Al-
Qastolani . Lahir di Kairo.
Beliau adalah seorang ulama’ dalam Mazhab Syafi’i yang
sangat terkenal, kerana beliau meninggalkan banyak karangan-karangan
dalam pelbagai ilmu, umpamanya tentang sejarah Nabi, hal-ehwal Nabi
dan juga beliau mengarang kitab syarah bagi Bukhari. Karangannya yang
sangat terkenal adalah :
1. Al-Mawahibulladuniyah tentang ehwal junjungan kita Nabi
Muhammad j. Kitab ini pernah disyarah oleh Zarqani
sebanyak 8 jilid besar. (Kedua-duanya ada dalam
Kutubkhanah kami).
2. Irsyadus Sari syarah Sohih Al-Bukhari sebanyak 10 jilid.
3. Banyak lagi kitab-kitab karangan beliau tentang hadits.
Walaupun beliau ahli hadits yang terbesar tetapi beliau masih
menganut Mazhab Syafi’i dalam soal amal ibadat dan bahkan salah
seorang dari ulama’ Syafi’iyah yang besar.
Beliau ini agak serupa dengan Ulama’ besar Ibnu Hajar Al-
‘Asqolani yang juga bermazhab Syafi’i dan pengarang kitab syarah
Bukhari yang bernama “Fathul Bari” (Semuanya ada dalam Kutubkhanah
kami).
Kalau ada orang yang mengatakan bahawa ulama’-ulama’
Syafi’i tidak mengetahui hadits dan Quran maka orang yang berkata ini
sama dengan orang sakit mata yang mengatakan Matahari tidak ada.
Beliau wafat tahun 923H.
Barangsiapa yang hendak mengetahui sejarah Qastolani lebih
lanjut bacalah kitab-kitab “Syuzaratuz Zahab” juz 8 halaman 121,
“Dhau-ullami” juz 2, halaman 313, “Badrut Tahki” juz 1, halaman 102,
dan lain-lainnya.