(w.844H) Al-Imam Ibnu Ruslan

Nama lengkap beliau Ahmad bin Husein bin Ruslan ,
dimasyhurkan dengan nama pendek, Ibnu Ruslan.
Lahir di Ramlah Palestin tahun 773.
Guru-guru beliau adalah :
1. Ibnul Haim, Ibnul Gharabili, Asy-Syihab Al-Ba’uni dalam
ilmu fiqih.
2. Ibnu ‘Ala dan lain-lain dalam ilmu Hadits.
3. Ibnul Haim, ‘Umadi, Muhibul Qasi dan lain-lain dalam ilmu
Nahu.
Beliau banyak mengarang kitab-kitab, di antaranya :
1. Matan Zubad, iaitu fiqih Syafi’i dalam bentuk syair.
2. Sya’ir qiraat yang tiga tentang bacaan Al-Quran.
3. Syarah Hadits Bukhari.
4. Syarah Sunan Abu Daud.
5. Syarah Minhaj Al-Baidhawi.
6. Syarah Adzkarun Nawawi.
7. Dan banyak lagi yang lain-lain.
Kitab Matan Zubad, iaitu fiqih Syafi’i dengan bentuk sya’ir
terpakai hampir di seluruh Madrasah Syafi’iyah bahagian Ibtidaiyah di
Indonesia. Kitab Matan Zubad dari Ibnu Ruslan adalah kitab yang baik
sekali untuk dipakai sebagai pelajaran dasar dari fiqih Syafi’i, kerana
selain susunannya terang, juga cukup lengkap dari bab Taharah sampai
bab Ummahatul Aulaad dan ditutup dengan sya’ir tentang Tasawuf yang
sangat baik sekali.
Beliau wafat bulan Sya’ban tahun 844H. di Baitul Muqaddas
Palestin dan bermaqam di situ.