(w.548H) Al-Imam Syahrastani

Nama lengkap beliau Muhammad bin ‘Abdil Kariim, ‘Abdul
Fatah, Asy-Syahrastani . Lahir di desa Syahrastan tahun 479H. dan
wafat tahun 548H. dalam usia 70 tahun.
Beliau adalah seorang ulama’ besar dalam Mazhab Syafi’i dan
juga ulama’ terbesar dari Kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Belajar fiqih kepada Syeikh Ahmad Al-Khawafi , teman Imam
Ghazali , dan Qadi di Tus (Parsi). Dalam ilmu usuluddin beliau
berguru kepada Syeikh Abul Qasim Al-Ansari , seorang ulama’
usuluddin terbesar ketika itu, dan tentang ilmu hadits beliau belajar
kepada Abul Hasan Al-Madaaini .
Dari mulai muda remaja Syahrastani belajar ilmu, pindah dari
satu negeri ke negeri yang lain dalam mengajar ilmu pengetahuan. Pada
ketika usia 30 tahun ia naik haji ke Makkah, kemudian ia datang ke
Baghdad dan mengajar di sekolah Tinggi “Nizamiyah” sebuah Universiti
tertua di Baghdad.
Ketika menjadi pengajar pada perguruan tinggi ini banyak sekali
mahasiswa-mahasiswanya yang belajar kepada beliau dan kemudian
menjadi ulama’-ulama’ pula, seumpama Imam Abu Mansur , Imam
Abul Hasan bin Hamaweh dan lain-lain banyak lagi.
Syahrastani mencapai puncak ilmu pengetahuan yang sangat
tinggi maka kerana itu beliau diberi titel julukan “Imamul Afdhal” (Imam
yang paling baik).
Yaqut, seorang ahli tarikh mengatakan bahawa Syahrastani
adalah seorang ahli dalam bermacam-macam ilmu dan mempunyai
karangan yang banyak.
Beliau banyak mengarang kitab-kitab. Ada kira-kira 17 buah, di
antaranya yang terbesar dan terpenting kitab:
1. Al-Milal wan Nihal, sebuah kitab yang menerangkan
perbandingan-perbandingan yang berbeza-beza dalam
kalangan Islam, seumpama faham Syi’ah, Mu’tazilah,
Khawarij dan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Juga kitab ini berisi
kupasan tentang faham-faham bermacam-macam sekta dalam
Kristian, dalam Yahudi, dalam Budha. Juga dikupas di
dalamnya faham Plato, Aristoteles dan failusuf-failusuf yang
lain.
2. Kitab Irsyad ila Aqaidil ‘Ibad, iaitu kitab tentang I’tiqad.
3. Syubahat Aristoteles dan Ibnu Sina.
4. Nihyatul Aqdam fi Ilmi Kalam, tentang tauhid.
5. Dan lain-lain.
Dengan adanya Imam Syahrastani ini terhapuslah tuduhantuduhan
orang yang mengatakan bahawa Ulama’-ulama’ dalam Mazhab
Syafi’i adalah ulama’-ulama’ yang taqlid buta saja, tidak tahu Qur’an dan
Hadits dan lain-lain tuduhan bohong yang palsu.