(w.406H) AL-Imam As-Sinji

Imam Abu ‘Ali, Husein bin Syu’ib bin Muhammad As-Sinji ,dilahirkan di Sinji negeri Marwin Khurasan.

Guru beliau di Iraq adalah Abu Hamid dan di Khurasan adalah Abu Bakar Al-Qaffal . Kerananya beliau dapat meneruskan aliran-aliran fiqih Syafi’iyah dari ulama’-ulama’ Iraq dan fiqih Syafi’iyah dari ulama’-ulama’ hurasan.

Beliau ini mengarang kitab “Syarah Mukhtasar” yang dikatakan oleh Imam Harmaini bahawa kitabnya ini adalah kitab Mazhab yang besar. Begitu juga beliau mengarang syarah Talkhis karangan Ibnul Qasi  dan mensyarahkan kitab “Al-Furu’” dari Ibnul Hadad . As-Sinji terkenal di Iraq, di Khurasan dan Nisaburi, di samping nama beliau
banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab fiqih Syafi’iyah yang dikarang kemudian.