(w.977H) Al-Imam Khatib Syarbaini

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Asy-Syarbaini Al-
Khatib , pengarang kitab fiqih dalam Mazhab Syafi’i yang banyak
dipakai di sekolah agama di Indonesia, iaitu kitab Mughni Al-Muhtaj.
Sesuatu kitab yang menjadi syarah bagi kitab Al-Minhaj, karangan Imam
Nawawi .
Khatib Syarbaini adalah bintang Ulama’ Mazhab Syafi’i
dalam abad ke XH.
Pada Muqaddimah kitab Mughni beliau menerangkan bahawa
beliau naik Haji ke Makkah dan sampai menziarahi maqam Nabi
Muhammad j di Madinah pada tahun 995H.
Beliau beristikharah di hadapan maqam Nabi j sesudah solat
dua rakaat di Raudhah Nabi j, maka hasilnya Tuhan telah membukakan
hati beliau untuk mengarang kitab Mughni Al-Muhtaj syarah Al-Minhaj
ini.
Di antara guru beliau adalah Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori
. Kitab Mughni Al-Muhtaj (4 jilid besar), dimulai dengan perkataan
“Alhamdulillah Al-Ghani Al-Mughni” dan di akhiri dengan “WA
SAHBIHI AJMA’IN”.
Di antara kitab Fiqih karangan beliau juga ialah Kitab “Al-
Iqna’” 2 jilid, dipakai dalam madrasah di seluruh Indonesia.