(w.794H) Al-Imam Zarkasyi

Beliau adalah seorang ulama’ Syafi’i yang terkenal di Mesir pada
abad ke-08, yang dilahirkan di Kairo tahun 745H.
Kairo ketika itu penuh dengan ulama’-ulama’ dan Sarjana-sarjana
Islam pintar.
Di antara guru beliau terdapat Syeikh Sirajuddin Al-Bulqini ,
Mufti Mesir yang terkenal dalam lingkungan Ulama’-ulama’ Syafi’iyah
yang terkenal besar.
Zarkasyi pada waktu remajanya belajar fiqih-fiqih Syafi’iyah,
sehingga beliau menghafal kitab Minhaj karangan Imam Nawawi di
luar kepala dan kerana itu beliau kadang-kadang diberi gelar julukan
dengan “Minhaj”.
Di antara guru beliau terdapat Syeikh Jamaluddin Al-Asnawi ,
seorang ulama’ Syafi’iyah yang terkenal di Mesir.
Imam Zarkasyi banyak mengarang kitab-kitab Agama sampai
sebanyak 32 buah naskhah, di antaranya terdiri dari kitab-kitab besar
berjilid dan kitab-kitab kecil.
Di antara karangan beliau yang tersiar di Indonesia adalah “Al-
Burhan fi Ulumul Quran” terdiri dari 4 jilid besar, cetakan Isa Al-Babil
Halaby di Kairo.
Yang bertalian dengan fiqih Syafi’i, beliau telah mengarang :
1. Fathul ‘Aziz Al-Kitabil Wajiz, membahas hadits-hadits dalam
Syarah Al-Kabir, karangan Imam Rafi’i .
2. Takmilah, syarah kitab Minhaj.
3. Khadimur Rafi’i war Raudhah, 14 jilid besar.
4. Khabayaz Zawaya fil furu’.
5. Al-Dibaj fi Taudhihil Minhaj.
6. Az-Zahabul Ibriz.
7. Syarah kitab Tanbih, karangan Abu Ishaq Asy-Syirazi .
8. Syarah Al-Wajiz, karangan Imam Ghazali .
9. Fatwa Az-Zarkasyi.
10. Al-Qawa’id fil furu’.
11. Majmu’atuz Zarkasyi.
12. Al-Mu’tabar fi Takhriji Al-Haditsil Minhaj wal Mukhtasar.
13. Dan lain-lain.
Imam Badruddin Zarkasyi ini adalah bintang Ulama’ Syafi’i
dalam abad ke-08, sehingga dengan karangan-karangan beliau, Mazhab
Syafi’i berkembang dari zaman ke zaman.
Beliau wafat tahun 794 dalam usia 49 tahun.