(w.702H) Al-Imam Taqiyuddin Ibnu Daqiqil 'Id

Abu Fatah Taqiyuddin Ibnu Daqiqil ‘Id adalah seorang
ulama’ Syafi’iyah yang besar dalam abad ke VIIH.
Beliau dilahirkan di atas kapal ketika ibubapanya pergi ke
Makkah pada tahun 615H. dari negeri Qus.
Banyak orang mengatakan bahawa Ibnu Daqiqil ‘Id ini
adalah Ulama’ Mujaddid tahun ke 700.
Beliau belajar fiqih kepada gurunya Syeikh ‘Izzuddin bin
‘Abdus Salam , seorang Ulama’ Syafi’iyah yang terkenal juga.