(w.606H) Al-Imam Ibnu Atsir

Nama lengkap beliau adalah Mubarak bin Muhammad
bin ‘Abdul Karim bin ‘Abdul Wahid As-Syaibani . Beliau
hanya dimasyhurkan dengan “Ibnu Atsir” (Pembaca jangan
keliru, beliau ini bukan Ibnul Athir ahli tarikh yang terkenal,
tetapi beliau ini “Ibnul Atsir”, ahli hadits dan penganut
Mazhab Syafi’i).
Beliau lahir tahun 544H. di Jazirah dekat Mousul di
Iraq.
Beliau seorang ulama’ Syafi’iyah yang besar.
Karyanya yang besar, yang sekarang juga bertebar di
Indonesia adalah kitabnya “An-Nihayah fi Gharibil Haditswal
Atsar”, iaitu suatu kitab besar 7 jilid, di mana diterangkan
secukupnya sekalian hadits-hadits yang sulit ertinya. Kitab
ini sangat berfaedah bagi ahli-ahli hadits, kerana daripadanya
dapat difahamkan sekalian hadits yang sulit dengan mudah,
yang disusun secara alfabet.
Di antara karangan beliau terdapat :
1. Jamiul Usul fi Ahaditsir Rasul (Syarah hadits).
2. Asy-Syafi’i, Syarah Musnad Syafi’i.
3. Al-Mukhtar fi Manaqibil Akhyar.
4. Al-Badi’i (Nahu).
5. An-Insaf (Tafsir).
6. Dan lain-lain.
Beliau wafat di Jazirah tahun 606H. seratus tahun
kemudian dari Imam Ghazali .