(w.504H) Al-Imam Al-Kayahirasi

Nama lengkap beliau adalah Imam Abu Hasan ‘Ali bin
Muhammad Al-Kayahirasi . Beliau adalah seorang ulama’ besar
Syafi’iyah yang berkecimpung dalam soal Tafsir Al-Quran.
Barangsiapa yang melihat karyanya, iaitu sebuah tafsir Quran
yang menerangkan hukum-hukum yang ada dalam Al-Quran nescaya
meyakini yang kami terangkan di atas.
Sayang kitabnya itu belum tercetak, tetapi tersimpan baik dalam
Darul Kutub Al-Masriyah di Cairo di bawah nombor 144 (Tafsir).
Beliau wafat tahun 504 Hijrah, terdahulu setahun dari Imam
Ghazali .