(w.476H) Al-Imam Asy-Syirazi

Syeikh Ibrahim bin ‘Ali bin Yusuf Abu Ishaq Al-Firuzabadi
Asy-Syirazi , dilahirkan di sebuah desa yang bernama Firuzabadi, di
Syirazi Parsi pada tahun 393H.
Beliau ini adalah seorang Ulama’ Syafi’yah yang terkenal pada
abad ke V di Baghdad.
Karangan-karangan beliau di antaranya:
1. Tanbih.
2. Al-Muhazab.
3. Al-Luma’.
4. At-Tabsirah.
5. Al-Mukhis.
6. Al-Ma’na.
7. Tabaqatil Fiqaha’.
8. Dan lain-lain banyak lagi.
Di Indonesia beliau ini terkenal dengan kitabnya Al-Muhazab,
suatu kitab fiqih Syafi’i yang besar yang kemudian diberi komentar
(syarah) oleh Imam Nawawi dengan kitab Al-Majmu’ (13 jilid).
Beliau selain mengarang kitab-kitab juga menjadi guru besar dalam
universiti Islam. Nizamiyah di Baghdad, yang dibangun oleh wazir
(Menteri) kerajaan Saljuk bernama Nizamul Muluk.