(w.450H) Al-Imam Al-Mawardi

Syeikh ‘Ali bin Muhammad bin Habib Abul Hasan Al-Mawardi
adalah nama lengkap beliau.
Beliau ini pada mulanya adalah murid dari Abu Hamid Al-
Asfaraini di Baghdad dan kemudian menjadi seorang ulama’
Syafi’iyah yang besar.
Beliau adalah pengarang dari kitab :
Al-Hawi dan Iqna’ dalam fiqih, kitab Tafsir, kitab Dalilun
Nubuah, kitab Al-Ahkamus Sultaniyah, kitab Qanun Al-Wuzarah, kitab
Siyasatul Mulk dan lain-lain.
Ternyata bahawa Imam Al-Mawardi ini adalah ahli fiqih dan
ahli siasat pemerintahan, terbukti dengan kitabnya Ahkamus Sultaniyah
yang sampai sekarang masih sangat terpakai dalam kalangan politik umat
Islam.
Ada orang menuduh bahawa Imam Mawardi ini termasuk
golongan kaum Mu’tazilah, tetapi Imam Nawawi mengatakan dalam
kitab Tobaqat bahawa tuduhan itu tidak beralasan, hanya dibangkitkan
oleh rasa iri-hati belaka.
Beliau adalah seorang ulama’ Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang
menganut Mazhab Syafi’i. Berkata Al-Khatib : “Al-Mawardi adalah
seorang ulama’ Syafi’i yang terkemuka”.
Kalau dalam kitab-kitab fiqih tersebut kitab “Al-Hawi”, maka
yang dimaksudkan adalah kitab karangan Mawardi