(w.365H) Al-Imam Al-Qaffal Al-Kabiir

Nama lengkap beliau Muhammad bin Ismail Al-Qaffal Al-Kabiir As-Sathi , dilahirkan tahun 291H. di negeri Sath di daerah Ma Waraan Nahr (Khurasan).

Beliau ini dinamai “Imam lengkap” kerana beliau dalam kenyataannya adalah Imam dalam ilmu Hadits, Imam dalam ilmu Tafsir, Imam dalam ilmu Kalam, Imam dalam ilmu Furu’, Imam dalam ilmu Bahasa, Imam dalam kesalihan dan kezuhudan. Pendeknya ulama’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam ilmu usuluddin beliau ini belajar langsung daripada Abu Hasan Al-Asy’ari Imam Ahlus Sunnah, tetapi dalam ilmu fiqih Imam Abul Hasan belajar langsung kepada Imam Qaffal Al-Kabiir ini.

Di antara karangan beliau terdapat Kitab fi Usulil Fiqhi, Syarah Ar-Risalah (karangan Imam Syafi’i ).

Dalam ilmu Kalam beliau ini terderet dalam barisan Kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah, pengikut Asy’ari yang terkuat.

Dalam kitab Muhazzab tersebut “Al-Qaffal” dalam bab nikah adalah maksudnya beliau.