(w.1276H) Al-Imam Al-Bajuri

Nama lengkap beliau adalah Syeikh Ibrahim bin Syeikh
Muhammad Al-Bajuri . Lahir di Bajur Mesir.
Beliau adalah seorang Ulama’ Syafi’i yang besar, belajar agama
di Universiti Al-Azhar yang terkenal, tetapi kemudian sampai menjadi
guru besar dari Jami’ Al-Azhar itu.
Guru beliau dalam ilmu fiqih adalah Syeikh ‘Abdullah Asy-
Syarqawi , Sayid Daud Al-Qal’awi dan lain-lain.
Beliau banyak sekali mengarang kitab-kitab, di antaranya :
1. Al-Bajuri, kitab fiqih dalam Mazhab Syafi’i dua jilid tebal
sebagai syarah dari Kitab Fathul Qarib.
2. Kifayatul ‘Awam, kitab Tauhid menurut dasar Ahlus Sunnah
wal Jama’ah.
3. Hasyiah Sanusi, menurut dasar Ahlus Sunnah wal Jama’ah
dalam soal ilmu Tauhid.
4. Syarah ‘Imriti, nahu.
5. Hasyiah Matan Jaharatut Tauhid, ilmu Tauhid.
6. Hasyiah Matan Sulam, karangan Akhdari.
7. Dan lain-lain.
Beliau ini sangat berjasa bagi Umat Islam Indonesia, kerana
kitab-kitab beliau, baik dalam ilmu fiqih atau dalam ilmu tauhid dibaca
dan dipelajari di Pesantaren dan Madrasah-madrasah Agama di seluruh
pelusuk Indonesia.