(w.756H) Al-Imam Taqiyuddin As-Subki

Nama lengkap beliau, ‘Ali bin Kafi, Abul Hasan Taqiyuddin As-
Subki , lahir di desa Subki Mesir pada tahun 683H.
Beliau adalah seorang Ulama’ Besar Syafi’iyah di Mesir ketika
itu yang mahir dalam ilmu Tafsir. Qadi Qudhah, mahir ilmu Usuluddin,
fiqih, Nahu dan Saraf, ahli bahasa, mempunyai kesanggupan untuk
berdebat dan muzakarah menegakkan kebenaran Ilahi.
Karangan beliau sampai 20 buah kitab besar, di antaranya :
1. Takmilah Syarah Muhazab, iaitu untuk mencukupkan yang
kurang dalam Syarah Muhazzab Imam Nawawi . Al-Majmu’
syarah Al-Muhazzab itu adalah karangan Taqiyuddin Subki
dari kitab Ar-Ruhn (jilid ke 10) sampai tamat. (Jilid terakhir dari
kitab Al-Majmu’ ini yang pada pengarang hanya sampai jilid ke
12, furu’ Nakhtimu bihi bi’aunillahi wataisirihi).
2. Syarah Kitabul Minhaj karangan Imam Nawawi .
3. Tafsir Ad-Durun Nazim fi tafsiril Quranil ‘Azim.
4. Kitab penolak faham Ibnu Taimiyah dalam soal Talaq dan Ziarah.
5. At-Tahbiril Muhazzab fi Tahriril Mazhab, syarah kitab Minhaj.
6. Al-Ibtihaj fi Syahril Minhaj.
7. Raful Hajib ‘An Mukhatasar Ibnul Hajib.
8. Nurul Masabih fi Salatit Tarawih.
9. Dan lain-lain.
Hal ini diterangkan sejelas-jelasnya oleh anak beliau Syeikh
Tajuddin Subki dalam kitabnya “Tabaqatus Syafi’iyah” pada jilid 6
dari halaman 146 sampai halaman 227.
Beliau wafat dan bermakam di Mesir pada tahun 756H.